Friday, 18 March 2016

KONSEP TAMADUN ISLAM

Pengertian Tamadun Islam [KONSEP TAMADUN ISLAM]

Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif :

“ Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.”


Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai :


“Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat  membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.” 



Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam konteks Tamadun Islam iaitu :

     i.        Madaniah
     ii.       Tamadun
     iii.      Hadarah
     iv.      Umran

Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti :

  i.   Umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang         subur dan maju.
  ii.   Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang            diusahakan.
 iii. Tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau              bertamadun dari aspek yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti. 


MATLAMAT TAMADUN ISLAM

1.    Hubungan Manusia dengan Allah

Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya melalui rukun Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan daya kegigihan untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

2.    Hubungan Manusia Dengan Manusia

Allah S.W.T mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam membentuk keluarga , jiran , masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan pendidikan. Pematuhan syarak penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah di muka bumi. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-menolong , kerjasama dan perpaduan.

3.    Hubungan Manusia Dengan Alam

Allah menetapkan bagaimana manusia harus bertingkahlaku apabila berhadapan dengan alam. Segala yang ada di lautan dan di daratan dijadikan oleh Allah untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia. Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut bumi dan lain-lain meningkatkan keimanan kepada Allah dan Tamadun Islam ke arah kepentingan hidup manusia sejagat.

Dasa    Dasar Tamadun Islam:

1.         Memelihara jiwa dan nyawa.

Hak kehidupan yang dikurniakan oleh Allah tidak boleh dicerobohi sama sekali.  Seseorang itu tidak membunuh diri sendiri atau orang lain kerana perbuatan ini diangap jenayah sosial yang besar dan ia berhak menerima azab diakhirat.

2.         Memelihara akal fikiran.

           Islam menggariskan panduan agar akal terpelihara kerana manusia dituntut untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Memberikan galakan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah agar fikiran menjadi lapang dan dapat menolak dari sebarang unsur keburukan.

3.        Memelihara kehormatan/maruah.

          Setiap manusia dijadikan sebaik-baik makhluk dan mempunyai kehormatan yang mulia.  Kehoramatan  itu menentukan setiap insan mendapat hak yang diturunkan dalam bentuk hukuman dan peraturan.

4.        Memelihara harta benda 

Islam menetapkan manusia wajib pertahankan dan mengariskan cara membelanjakan harta tersebut.  Kekayaan yang dikumpul dengan usaha sendiri wajib dipertahankan dan tidah harus dilucut atau dirampas tanpa kebenaran.

5.        Memelihara hak dan kebebasan.

-     manusia bebas dari pengabdian kepada sesuatu selain dari Allah
-          bebaskan manusia dari taklid (mengikut tradisi) warisan nenek moyang yang membelenggu pemikiran.
-          Bukti wujud alam ini sebagai wujudnya Allah melalui penelitian, renungan dan pemikiran tentang kejadian alam.
-          Manusia bebas dari kesesatan akal fikiran yang kemampuannya terhadap benda yang dapat dicapai oleh pancaindera sahaja.



No comments:

Post a Comment