PENGASAS KERAJAAN BANI ABASIYAH
Beliau ialah Abdullah bin Muhammad dan lebih terkenal dengan gelaran Abu al-Abbas as-Saffah,lahir di wilayah al-Hamimah tahun 104 Hijrah.
Dilantik menjadi Khalifah ‘Abbasiah yang pertama ketika berlakunya serangan tentera Abu Muslim yang bergerak mara dari Khurasan untuk merampas kuasa dari kerajaan Umaiyah.Sebelum dilantik menjadi Khalifah beliau telah diserahkan memimpin kaum ‘Abbasiah oleh Ibrahim bin Muhammad yang telah ditahan di bawah undang-undang keselamatan dalam negeri.
Beliau adalah seorang yang gagah berani,kuat ingatan dan bersikap keras terhadap kaum Bani Umaiyah,saangat suka berperang hingga digelar as-Saffah yang bererti penumpah darah.
Dalam masa memegang teraju pemerintahan,beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat menjalinkan tindakan-tindakan keras terhadap orang-orang yang menjadi musuhnya terutama kaum Bani Umaiyah.
Mereka diburu dan dikejar dengan hebatnya di mana-mana sahaja mereka berada.Tindakan seperti itu juga dijalankan terhadap orang-orang yang telah berjasa besar dalam gerakan mendirikan kerajaan ‘Abbasiah dahulu termasuklah Abu Salmah al-Khalali,kerana dicuriga memindahkan pemerintahan kepada keluarga Saiydina Ali dari kaum Syiah.
KHALIFAH ABBASIYAH BAGHDAD
- Abu al-Abbas al-Saffah 750 - 754
- Al-Mansur 754 - 775
- Al-Mahdi 775 - 785
- Al-Hadi 785 - 786
- Harun al-Rashid 786 - 809
- Al-Amin 809 - 813
- Al-Ma'mun 813 - 833
- Al-Mu'tasim 833 - 842
- Al-Wathiq 842 - 847
- Al-Mutawakkil 847 - 861
- Al-Muntasir 861 - 862
- Al-Musta'in 862 - 866
- Al-Mu'tazz 866 - 869
- Al-Muhtadi 869 - 870
- Al-Mu'tamid 870 - 892
- Al-Mu'tadid 892 - 902
- Al-Muktafi 902 - 908
- Al-Muqtadir 908 - 932
- Al-Qahir 932 - 934
- Ar-Radi 934 - 940
- Al-Muttaqi 940 - 944
- Al-Mustakfi 944 - 946
- Al-Muti 946 - 974
- At-Ta'i 974 - 991
- Al-Qadir 991 - 1031
- Al-Qa'im 1031 - 1075
- Al-Muqtadi 1075 - 1094
- Al-Mustazhir 1094 - 1118
- Al-Mustarshid 1118 - 1135
- Ar-Rashid 1135 - 1136
- Al-Muqtafi 1136 - 1160
- Al-Mustanjid 1160 - 1170
- Al-Mustadi 1170 - 1180
- An-Nasir 1180 - 1225
- Az-Zahir 1225 - 1226
- Al-Mustansir 1226 - 1242
- Al-Musta'sim 1242 - 1258
ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH
Kerajaan ‘Abbasiyyah mula mencapai tahap kegemilangannya ketika zaman pemerintahan khalifah Harun bin Muhammad bin ‘Abdullah (al-Rasyid), yang bermula sekitar tahun 170 hingga 193 H bersamaan 786 hingga 808 M. Antara faktor kegemilangannya ialah :
- Penterjemahan Ilmu Pengetahuan Secara Meluas
2. Kemajuan dalam Bidang Astronomi
Khalifah al-Ma’mun juga merupakan pelopor utama dalam bidang astronomi. Beliau telah membina pusat penyelidikan dalam bidang astronomi yang dilengkapi dengan peralatan yang agak sempurna dan lengkap di Baghdad. Tujuannya ialah untuk mengetahui pergerakkan bintang dilangit agar mereka dapat mengetahui musim dan pergerakan angin. Ini berbeza dengan ahli astronomi sebelum kedatangan Islam yang menggunakan ilmu astronomi untuk menilik nasib manusia.
FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH
Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah yang diasaskan oleh Abu ‘Abbas as-Saffah itu hanya sempat bertahan selama 508 tahun (5 kurun) iaitu pada tahun 750 hingga 1258 Masihi. Namun dalam tempoh 400 tahun yang terakhir, pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah hanya tinggal pada nama sahaja. Keagungan dan kehebatan sebelumnya gagal dikembalikan semula. Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menjadi lemah dan terus merosot. Akhirnya kerajaan ‘Abbasiyyah tumbang pada tahun 1258 Masihi apabila digempur oleh tentera Hulagu Khan. Berikut adalah faktor-faktor kejatuhan kerajaan Bani ‘Abbasiyyah :
1. Kelemahan Pemerintah.
Faktor utama kejatuhan kerajaan ‘Abbasiyyah adalah disebabkan oleh kelemahan pemerintahnya sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila para pemerintahnya diperlakukan seperti boneka oleh bangsa Turki. Selain itu, para khalifah ‘Abbasiyyah pada zaman terakhir pemerintahan, mereka lebih mementingkan kepentingan peribadi serta kehidupan yang mewah tanpa mempedulikan rakyat dibawah pemerintahan mereka. Keadaan adalah lebih teruk apabila Khalifah al-Mu’tasim Billah termakan nasihat penasihatnya sehingga menyebabkan Kerajaan ‘Abbasiyyah jatuh ketangan Hulagu Khan yang merupakan cucu kepada Genghis Khan. Ketika itu, pusat pemerintahan ‘Abbasiyyah bertapak di Kota Baghdad, Iraq. Dalam sejarah, kejatuhan itu dilihat berpunca dari kelemahan Khalifah al-Mu’tasim Billah sendiri. Beliau yang hanya mendengar nasihat dari pengampu kerajaan, sedangkan pengampu tersebut mempunyai seribu satu muslihat untuk menjatuhkan pemerintahan Khalifah Islamiah tersebut. Walaupun mempunyai kemahiran dalam bidang al-Quran dan as-Sunnah, tetapi Khalifah al-Mu’tasim Billah merupakan seorang yang kurang cerdik. Beliau amat mempercayai penasihatnya yang bernama Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, sedangkan ketika itu sudah banyak tindakan-tindakan Umayiduddin yang amat meragukan. Segala nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Umayiduddin, ternyata tidak memberi sebarang faedah kepada Islam, seperti cadangan mengadakan hubungan perpaduan dengan Hulagu Khan, walhal ketika itu tentera Hulagu Khan sudah bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap pusat pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah di Kota Baghdad tersebut. Ketua Tentera kerajaan ‘Abbasiyyah bernama Rukunuddin Ad-Daudar telah memberi nasihat kepada Khalifah, tetapi Khalifah tetap meletakkan kepercayaannya kepada Umayiduddin, sedangkan Umayiduddin itu mempunyai ‘Abbasiyyah secara senyap-senyap. Hulagu Khan telah menjanjikan jawatan raja kepada Umayiduddin, sekiranya tentera Hulagu Khan berjaya menguasai Baghdad. Oleh hal yang demikian, dengan segala kecerdikan yang ada, Umayiduddin telah menggunakannya untuk memperdayakan Khalifah al-Mu’tasim Billah sehingga Hulagu Khan dan bala tenteranya berjaya masuk ke kota Baghdad tanpa menghadapi sebarang kesusahan dan kepayahan. Sebelum kejadian itu, beberapa tindakan yang dilakukan oleh Umayiduddin ini sudah dapat dihidu oleh ketua tentera Kerajaan ‘Abbasiyyah iaitu Rukunuddin, malahan telah dilaporkan kepada Khalifah. Namun begitu, disebabkan kebodohan dan sifat “lurus bendul” yang wujud dalam diri Khalifah al-Mu’tasim Billah, menyebabkan segala laporan yang disampaikan oleh Rukunuddin tidak dipedulikan. Memandangkan Khalifah seorang yang mempunyai sifat ego, sombong, malas, penting diri dan lurus bendul, dia tidak mengambil peduli terhadap dakwaan Rukunuddin yang telah lama sangsi akan kewujudan Umayiduddin, sedangkan Khalifah tidak mahu mempedulikan apa yang diberitahu olehnya. Umayiduddin seorang yang mempunyai kebijaksanaan mengungkap ucapan yang menarik, disamping kepetahan membaca bait ayat-ayat al-Quran, menyebabkan Khalifah tidak mempercayai segala dakwaan Ketua tentera Kerajaan ‘Abbasiyyah iaitu Rukunuddin.
2. Serangan Tentera Mongol
Orang-orang Mongolia adalah bangsa yang berasal dari Asia Tengah. Negeri mereka adalah Mongolia yang merupakan sebuah kawasan di negara China. Mereka terdiri daripada kabilah-kabilah besar yang pelbagai, yang kemudiannya disatukan oleh Genghis Khan (603-624 H/ 1206-1226 M) . Mereka adalah orang Badwi-sahara yang terkenal dengan sikap yang keras kepala dan suka melakukan kejahatan. Selain itu, mereka juga adalah kelompok manusia yang suka berperang, merompak, dan menumpahkan darah, serta menyembah berhala-berhala, bintang-bintang, dan matahari. Mereka memakan apa sahaja apa yang mereka mahu, dan suka melakukan perkara-perkara yang hedonisme-permisif. Pada tahun 1258 Masihi Baghdad telah jatuh ke tangan bangsa Mongol, ini bukan sahaja mengakhiri kekuasaan Khilafah Bani ‘Abbasiyyah di sana, tetapi juga merupakan tanda awal kemunduran politik dan peradaban Islam, kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan peradaban Islam yang sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan itu lenyap dimusnahkan oleh tentera Mongol yang dipimpin Hulagu Khan. Dalam kejadian itu, digambarkan bahawa Hulagu Khan menyerang Baghdad dengan pasukan tentera yang sangat besar. Jumlah tentera Mongol kira-kira seramai 200 000 orang. Oleh itu, tentera ‘Abbasiyyah tidak mampu menentang tentera Mongol lalu lari berkurung di dalam kota. Tentera Mongol terus mengepung kota Baghdad selama 10 hari. Akhirnya, kota Baghdad jatuh ke tangan tentera Mongol. Tentera Mongol memasuki kota Baghdad dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad telah dihancurkan. Segala kitab yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam telah dikumpulkan dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi hitam (kerana dakwat daripada tulisan kitab-kitab itu). Pada saat yang genting tersebut, penasihat kepada Khalifah al-Mu’tasim iaitu Umayiduddin Muhammad Al-Aqami ingin mengambil kesempatan dengan menipu Khalifah. Umayiduddin berkata kepada Khalifah al-Mu’tasim, "Saya telah menemui mereka untuk perjanjian damai. Hulagu Khan ingin mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Bakr Ibn Mu'tashim, putera Khalifah. Dengan demikian, Hulagu Khan akan menjamin kedudukanmu. la tidak menginginkan sesuatu kecuali kepatuhan, sebagaimana saudara-saudaramu terhadap sultan-sultan Seljuk". Khalifah al-Mu’tasim menerima usul itu, ia keluar bersama beberapa orang pengikut dengan membawa mutiara, permata dan hadiah-hadiah berharga lainnya untuk diserahkan kepada Hulagu Khan. Hadiah-hadiah itu dibahagi-bahagikan Hulagu kepada para panglimanya. Keberangkatan khalifah disusul oleh para pembesar istana yang terdiri dari ahli fiqh dan orang-orang terpandang serta keluarganya. Tetapi, sambutanyang diberikan Hulagu Khan sungguh di luar dugaan Khalifah. Apa yang dikatakan wazirnya ternyata tidak benar. Mereka semua, termasuk wazir sendiri, dibunuh dengan leher dipancung secara bergilir-gilir.
3. Polisi Mengutamakan Bangsa Asing
Terdapat khalifah-khalifah ‘Abbasiyyah yang terlalu mengutamakan bangsa asing khususnya keturunan Turki dan Parsi. Sebaliknya bangsa Arab kurang diberi perhatian. Bangsa Turki dan Parsi diberikan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran negara. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati bangsa Arab. Hal ini dapat dilihat apabila Khalifah Al-Mu’tasim telah mencipta satu dasar yang melemahkan Kerajaan ‘Abbasiyyah apabila beliau mengambil 50,000 orang Turki untuk menjadi askar upahan dengan harapan untuk menjadikan mereka sebagai penyokongnya yang setia. Apabila orang Turki ini menjadi pengawal istana, maka kedudukan mereka bertambah kuat, lalu mereka mulai menguasai khalifah sehingga khalifah terpaksa mengikut arahan mereka. Apabila masuknya dominasi bangsa luar ke dalam pusat pemerintahan Baghdad telah menyebabkan kedudukan Khalifah sebagai boneka. Akibatnya, para khalifah hanya berkuasa atas nama Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah tetapi urusan pemerintahan dikuasai oleh orang lain. Sejak awal, Khalifah Bani ‘Abbasiyyah memasukkan unsur-unsur bukan Arab seperti unsur Parsi dan Turki. Pada tahun 945-1055 Masihi, Kerajaan Bani Buwaih dari Parsi menguasai Baghdad. Selanjutnya Bani Seljuk dari Turki pula menguasai pemerintahan pusat di Baghdad menggantikan Bani Buwaih. Antara 27 orang khalifah selepas Khalifah al-Mutawakkil (819-847 Masihi), ada 12 orang khalifah yang kedudukannya dipermainkan oleh para pengawal istana dari Turki. Sebagai contohnya, Khalifah al-Mu’tasim melarikan diri dari Baghdad kerana tidak sanggup menghadapi perlakuan kasar pengawal-pengawal dari Turki. Al-Mu’taz hanya berkuasa selama tiga bulan. Beliau dipaksa turun dari takhta oleh pengawalnya sendiri. Al-Muhtadi juga dipaksa turun takhta dan dipenjarakan kerana berselisih pendapat dengan orang Turki. Ramai lagi khalifah-khalifah yang dipecat, disingkirkan, dibunuh ataupun dipenjarakan oleh para pengawal dari Turki.
4. Kemerosotan Ekonomi
Selain mengalami kemunduran dalam bidang politik, Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah juga mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan. Pada zaman awal pemerintahan Bani ‘Abbas, Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan sebuah kerajaan yang kaya. Dana yang masuk lebih besar dari yang keluar sehingga Bait al-Mal penuh dengan harta. Sumber pendapatan Kerajaan ‘Abbasiyyah adalah daripada hasil kutipan cukai wilayah dan pertanian. Setelah banyak negara melepaskan diri, jumlah bayaran pajakan daripada wilayah-wilayah semakin berkurangan. Bagi meningkatkan pendapatan, pemerintah mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa. Menurut Jurji Zaidan, pendapatan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menurun kerana para pengutip cukai memonopoli hasil cukai. Pertanian pula terganggu kerana lumpur menimbus sistem pengairan. Ini berikutan Sungai Nahrawan mengalami kerosakan besar akibat perang dan salurannya yang tidak dibaiki. Selain itu, kemerosotan ekonomi Kerajaan ‘Abbasiyyah juga adalah disebabkan oleh berlakunya rusuhan rakyat sehingga menyebabkanpara pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad. Hal itu menyebabkan dana yang tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan. Malahan berpunca daripada kehidupan para khalifah yang semakin mewah dan mementingkan diri sendiri.
5. Munculnya Gerakan Pemberontakan
Pada zaman al-Muthadi (869 Masihi), timbul pemberontakan daripada kaum Zanj di bawah pimpinan Ali bin Muhammad. Di Iraq, terdapat gerakan Syiah, Qaramitah yang di pimpin oleh Hamdan Qarmat pada tahun 874 Masihi. Gerakan ini berjuang untuk menjadikan wilayah mereka sebagai zon merdeka. Lanjutan daripada gerakan Qaramithah, timbul pula gerakan Hasyasyin di bawah pimpinan Hasan bin Sabbah. Mereka membunuh para pembesar negara yang menjadi musuh mereka seperti Perdana Menteri Kerajaan Bani Seljuk di Baghdad dan Nizamul Muluk. Sebelum berkuasa, Kerajaan Bani Buwaih juga melakukan pemberontakan ke atas pemerintahan Baghdad sehingga berjaya menguasainya. Selepas melalui fasa-fasa kemunduran, akhirnya kerajaan Bani ‘Abbasiyyah jatuh ke tangan tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan. Menurut Jurji Zaidan, sebelum Hulagu menyerang Baghdad, kedudukan dalaman Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah sedang mengalami zaman kemunduran akibat berlakunya pertentangan hebat di antara kumpulan Syiah dan Sunni. Golongan istana pada ketika itu menganut kepercayaan Sunni, manakala penasihat atau wazir kerajaan pada ketika itu iaitu Umayiduddin al-Aqami pula adalah seorang penganut Syiah. Sebab terjadinya tentangan di antara Syiah dan Sunni disebabkan oleh tindakan Al-Daudar dan Abu Bakar, yang merupakan putera khalifah pada ketika itu bertindak menghancurkan daerah Karkh yang menjadi tempat tinggal orang-orang Syiah. Akibat marah dengan perbuatan itu, Umayiduddin mengirim surat kepada Hulagu dan meminta Hulagu menyerang Baghdad
KERAJAAN BANI UTHMANIYYAH
BERMULANYA PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH
Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah
diasaskan oleh Osman I (Osman Ghazi Khan). Beliau pada awalnya telah memimpin
pasukan tenteranya untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk (1299). Bermula
itulah beliau membentuk sistem pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris
kepada kekhalifahan yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai
sultan yang berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut.
Golongan Byzantine mengambil pendirian untuk meninggalkan
kependudukan mereka menuju ke perkampungan countryside dalam
negara seperti Anatolia. Byzantine cuba sedaya upaya menghalang Osman meluaskan
kekuasaannya ke Barat tetapi, Osman berjaya menguasai beberapa wilayah barat
sepertii Eupheses (Berhampiran Laut Aegen). Pasukan beliau juga turut bergerak
untuk menguasai sebelah timur Anatolia, di mana mereka telah berjaya menguasai
Laut Hitam, kawasan startegik bagi Byzantine.
Misi terakhir Osman sebelum kematiannya telah menentang tentera
Byzantine di Bursa (1324). Kemenangan Islam membuktikan Islam boleh menewaskan
pasukan bukan Islam di kawasan kubu kuat mereka. Anak yang mewarisi kepimpinan
Osman ialah Orhan, telah menjadikan Bursa sebagai pusat utama pemerintahan
mereka.
PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN
Semasa era ini, perkembangan kerajaan Uthmaniyyah boleh
dibahagikan kepada dua kategori :
1.
Kejayaan penaklukan Kota Constantinople (1453) sehinggalah
Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal pada 1566.
2.
Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah kegagalan
menguasai Vienna pada tahun 1683.
Kota Constantinople menjadi jambatan penghubung di antara Islam
dan Barat, Asia dan Eropah. Sebelum ianya ditakluk, pihak Uthmaniyyah telah
menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya ialah kejayaan
dalam peperangan Kosove (1389). Kejayaan tersebut menandakan berakhirnya kuasa
Serbia yang merupakan salah satu dari kuasa Eropah yang ada. ia merupakan
kemenangan yang strategik bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota
Constantinople.
Pada Peperangan Nicopolis (1396), yang dianggap sebagai
peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang Uthaminyya, tidak
dapat menyekat kemaraan Uthamniyyah menguasai wilayah-wilayah yang berada di
bawah Byzantine. Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana Kerajaan Uthmaniyyah
di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di mana Timur (Juga
dikenali sebagai Tamerlane, sebuah kuasa dari sebelah Timur yang wujud pada
abad ke-14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai kaitan jalur yang panjang dengan
Dinasti Mughal) telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara (1402),
menyaksikan Sultan Beyazid I telah dipenjara. Ini menyebabkan sebahagian
wilayah yang dikuasai Uthmaniyyah jatuh buat sementara, antaranya Macedonia dan
Kosovo. Pergolakan itu menyebabkan perancangan penguasaan ke atas
Constantinople mengalami gangguan.
Pasukan tentera Uthamniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah
lain di Lautan Hindi. Mereka pernah menghantar pasukannya melalui jalan laut
Afrika dan juga ke Aceh di Indonesia untuk mempertahankan wilayah tersebut dari
serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I dalah sultan Uthmaniyyah
pertama yang menggunakan gelaran 'sultan' , manakala mulai tahun 1517, sultan
di kalangan pemerintah Uthmaniyyah turut menjadi khalifah kepada umat Islam
dengan pelbagai gelaran yang digunakan bagi menunjukkan kekuasaan mereka dalam
pentadbiran.
Zaman kegemilangan Utmaniyyah berterusan di bawah pemerintahan
Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566), beliau merupakan :
1.
Pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniyyah.
Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga
beliau mendapat gelaran al-Qanuni,pembuat undang-undang.
2.
Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasai
wilayah Byzantine seperti Hungary, Balgrade dan Rhodes.
3.
Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut
Mediterranian, Laut Merah dan teluk Parsi.
ZAMAN MENDATAR DAN KEBANGKITAN NASIONALISME
Antara faktor yang menjadikan pengembangan yang dilakukan oleh
Uthmaniyyah tidak aktif ialah :
1.
Kekalahan menguasai Vienna (1683).
2.
Penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja
besar.
Mereka turut mengalami kekalahan dalam siri-siri peperangan di
Eropah seperti :
1.
Peperangan menentang Poland-Lithuania.
2.
Rusia & Autria-Hungary
3.
Peperangan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama
3 abad (kurun 17,18 & 19)
Kemenangan yang didambakan tetapi kekalahan yang terpaksa
diharungi amat memeritkan pemerintahnnya lantaran kos persenjataan yang amat
tinggi.
Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian
yang dikenali sebagaiPerjanjian Passarowitz , di mana ia telah mewujudkan
suasana yang aman pada tahun suasana yang aman pada tahun 1718-1730 (selama 12
tahun). Melalui perjanjian ini, mereka berupaya mendirikan benteng pertahanan
di sekitar negara Balkan bagi menyekat serangan pihak Eropah ke atas wilayah
Uthmaniyyah. Mereka mula menukar pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan
polisi mesra rakyat dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum,
mengurangkan cukai, meningkatkan taraf infrastruktur awam, dan bermacam-macam
lagi.
Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem
pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran seperti Universiti
Teknikal Istanbul dan lain-lain. Namun begitu, mereka tidak dapat menandingi
kemajuan teknologi yang telah meletus di Barat. Rentetan dari itu, banyak
wilayah Uthmaniyyah yang telah tewas kepada Barat terutama kepada Rusia dan
Austria pada abad ke-18.
Selain itu kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah dalaman
wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah pemerintahannya, mereka
menghadapi kebangkitan umpamanya dari Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua
negara ini telah dijajah pula oleh British dan Perancis.
Mereka turut terpaksa berhadapan dengan kebangkitan di
negara-negara Balkan seperi Revolusi Serb (1804-1815. Revolusi ini menjadi
pengasas kepada kebangkitan menentang Uthmaniyyah. Pada tahun 1821, mereka
terpaksa pula berdepan dengan pengisytiharan perang terhadap Sultan oleh Greek.
Mereka berjaya menjadi wilayah pertama di bawah Empayar Uthmaniyyah yang
dibebaskan.
Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa telah menyebabkan
Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan satu demi satu
wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari pemerintahan Uthmaniyyah. Ini
termasuk dalam kes negara Saudi Arabia di mana pemimpinnya pada waktu tersebut
Sharif Husin ditawarkan dengan pemerintahan sebagai ganti kepada pemberontakan
untuk bebas dari Uthmaniyyah. Namun diskusi Sharif Husin dengan Mc Mohan di
Egypt hanya menjadi bahan ketawa setelah kelicikan pihak British telah mempersendakan
intelek masyarakat Arab. Golongan Arab ini mudah dipermainkan oleh musuh yang
suka memberi janji palsu.
ERA KEJATUHAN DAN PROSES MODENISASI (TANZIMAT)
Dalam era ini, empayar Uthmaniyyah terpaksa berhadapan dengan
cabaran hebat untuk berdepan dan menghadapi tentangan, serangan dan penjajahan
dari kuasa luar. Uthmaniyyah juga banyak terlibat dalam kerjasama membentuk
pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain dari sebelah Eropah seperti
kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Contohnya, ketika Peran
Crimea (1853), Uthmaniyyah membentuk pasukan bersama dengan Britain dan
perancis dalam menentang Rusia.
Ada sebahagian penduduk Crimea ini yang juga dikenali sebagai
Crimean Tartar, berhijrah ke Turki untuk mendapatkan perlindungan. Mereka terus
berada dan tinggal di situ. Mereka turut terlibat di dalam membangunkan Turki
dan membantu dalam proses modenisasi pendidikan yang dilakukan pada akhir abad
ke-19.
Proses penyusunan semula dan pembaharuan (tanzimat) sekitar
tahun 1839-1876, bermula dengan satu polisi rasmi yang dikenali sebagai The
Imperial Rescript of The Rose Chamber of 1839. Ia merupakan permulaan
kepada reformasi di bawah proses tanzimat ketika pemerintahan Sultan Abdulmecid
I dari tahun 1839-1861. Ia juga penanda penting perubahan sistem pentadbiran
kepada sistem yang lebih sekular.Polisi ini menghapuskan cukai pertanian. ia
menjadikan para askar mengawal sesuatu wilayah berdasarkan jumlah penduduk.
Secara ringkasnya ia telah membentuk kehidupan sosial baru dalam kalangan
masyarakat.
Mereka turut memasukkan jaminan hak-hak asasi seperti jaminan
samarata (equality) kepada semua penduduk Uthmaniyyah tanpa mengambil kira soal
bangsa dan kepercayaan agama. Polisi ini menghapuskan sistem millet dalam
empayar Uthmaniyyah. Sistem Millet adalah sistem sosial yang berteraskan kepada
agama seseorang., di mana setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk
bergerak, adakalanya mendapat perhatian istimewa, berdasarkan rumah ibadat yang
mereka anggotai.
Proses ini dicetuskan oleh Sultan Mahmud II yang memerintah dari
tahun 1808-1839, diteruskan oleh Sultan Abdulmecid I, dengan harapan dapat
membawa kebaikan dan faedah daripada pengurusan yang cekap ke seluruh wilayah
di bawah kerajaan Uthmaniyyah. Antaranya :
1.
Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan jaminan
keselamatan, kesejahteraan diri dan harta.
2.
Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840).
3.
Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji dan
penentuan tempoh khidmat (1843-1844)
4.
Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara (1844)
5.
Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model Perancis.
6.
Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah mengikut model
Perancis
7.
Mewujudkan Meclis-i Maarif-i Umumiye (1845) yang menjadi dasar penubuhan
Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)
8.
Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)
9.
Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan memperkenalkan
sistem cukai bersepadu (1856)
10.
Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866
11.
Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri,
pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan kemajuan perdagangan.
Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah ini ditulis oleh 'golongan muda
Uthmaniyyah' pada tahun 23 November 1876 sehingga 13 Februari 1878. Ia tidak
melibatkan sistem parti. Pada masa tersebut, parlimen dilihat sebagai tempat
untuk menyuarakan pandangan dan hasrat rakyat, bukan tempat untuk parti politik
atau pertubuhan untuk berbahas. Sebab itulah dalam sistem demokrasi moden, apa
yang dibuat oleh Uthmaniyyah ini mirip kepada Monarki Berpelembagaan, bukan
sistem perwakilan rakyat.
Idea-idea kumpulan ini tidak disenangi sesetengah pihak sehingga
kewujudan Young Ottomans terpaksa diharamkan. Sultan Abdul
Hamid II yang pada awalnya menerima idea Perlembagaan Pertama, menolak kembali
idea-idea tersebut. Selepas dari itu, kumpulan intelektual ini terus mencari
idea untuk membantu Kerajaan Uthmaniyyah, di mana terbentuknya kumpulan yang
dikenali sebagai Young Turks. Mereka memikirkan polisi-polisi untuk negara sehinggalah
kerajaan Uthamniyyah menyertai Perang Dunia I.
Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah boleh digambarkan
berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti berikut :
1.
Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan dengan
kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah.
2.
Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah
termasuk di Negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916.
3.
Perjanjian Sykes-picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah
menjadi plan strategik pihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan
Uthmaniyyah. Ini juga berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan
Uthmaniyyah akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun
1914.
4.
Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Mungkin
mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk
mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas. Selepas Uthmaniyyah
menandatangani persetujuan pada bulan Oktober 1914 untuk menyokong Jerman
menentang Rusia dengan sokongan dari United Kingdom.
Sultan Abdulmecid II menjadi sultan terakhir dari dinasti
pemerintahan Uthmaniyyah. Beliau sempat memerintah selama 17 bulan bermula 19
November 1922-3 Mac 1924. Ketika itu, tiada apa yang mampu dilakukan setelah
Republik Turki diisytiharkan dalm polisi negara mereka juga telah berubah
kepada mengadaptasikan sistem yang lebih terbuka, liberal dan mengamalkan
sekular. Agama tidak lagi menjadi perkara penting di dalam pertimbangan
sebarang polisi negara.
No comments:
Post a Comment